SUBLIMATION adalah kaedah boleh dikatakan kerap menjadi pilihan dalam industri percetakan. Sublimation merupakan kaedah yang menggunakan haba dalam proses untuk memindahkan sesuatu imej dari kertas sublimation/kertas inkjet. Kemudian kertas ini akan ditekap ke atas produk/item yang dimahukan dengan menggunakan mesin heat press. Antara salah satu produk yang boleh dihasilkan dengan kaedah sublimation ini ialah t-shirt.
Kaedah sublimation ini hanya boleh digunakan ke atas produk-produk tertentu sahaja. Kaedah ini hanya boleh dihasilkan ke atas permukaan yang mempunyai satu lapisan khas yang dikenali sebagai coating yang akan membantu penerimaan imej ke atas produk tersebut. Tanpa coating, imej tidak dapat dicetak ke atas produk tersebut.
Kelebihan kaedah sublimation :
→Kualiti imej yang dicetak pada produk pemejalwapan adalah sangat jelas, cerah, dan terang yang tidak dapat diperoleh dengan mana-mana kaedah yang lain.
→Jenis pakaian — Hampir semua jenis pakaian/aksesori seperti jaket, seluar dan topi boleh menggunakan teknik ini.
→Proses cetakan—Proses cetakan sublimation secara teknikalnya adalah lebih mudah.
Teknik sublimation hanya menggunakan printer untuk mencetak design dan kertas tersebut akan di pindahkan keatas produk. Jadi secara ringkas, proses ini hanya melibatkan 2 proses, cetak dan transfer.
Antara peralatan dan mesin untuk kaedah cetakan sublimation adalah mesin heat press, printer sublimation (Epson), ink sublimation, sublimation blank (produk kosong sublimation), heat tape
dan kain teflon.
Ink (dakwat) yang digunakan untuk teknik cetakan sublimation, ink sublimation digunakan (dye-sublimation).
Masa yang diperlukan untuk proses cetakan teknik sublimation hanya mengambil masa 10 minit sahaja untuk siap (tidak termasuk design).